INTEGRITI MPM

Fungsi Unit Undang – undang dan Integriti

i. Menyelaras dan mengemaskini perjalanan urusan Majlis Perbandaran Manjung menurut Undang-undang, Peraturan-peraturan dan garis panduan yang diterima pakai dan terkini.
ii. Menjalankan pendakwaaan bagi pihak Majlis di Mahkamah bagi kesalahan di bawah Undang-undang yang berkaitan.
iii. Membuat pendrafan dan semakan dokumen-dokumen perjanjian yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Manjung.
iv. Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan lain di Majlis Perbandaran Manjung agar segala tindakan diambil tidak bercanggah dengan perundangan yang dikuatkuasakan.
v. Menguruskan penggubalan, penyemakan dan pewartaan Undang-undang Kecil, Perintah, Pekeliling dan Kaedah-Kaedah Majlis Perbandaran Manjung.
vi. Menyediakan dan menyemak notis perundangan.
vii. Menyediakan dan membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan bagi kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaaan.
viii. Menguruskan hal tuntutan, pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis.
ix. Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menghargai Undang-undang dan peraturan yang diguna pakai oleh Majlis melalui khidmat nasihat yang diberikan.

POLISI-POLISI YANG DIGUNA PAKAI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

INTEGRITI MPM
Back to top of page
Skip to content