Infrastruktur

Majlis Perbandaran Manjung sebagai Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran perbandaran yang kondusif melalui perancangan, penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur yang lengkap, utiliti awam yang mencukupi seperti taman rekreasi, pengangkutan awam, sistem pengurusan lalu lintas dan rangkaian jalan raya yang cekap.

Selain menyediakan kemudahan jalan raya, longkang, tempat meletak kenderaan, kemudahan rekreasi dan sukan serta infrastruktur lain, Majlis Perbandaran Manjung juga memastikan penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan dari semasa ke semasa.

Majlis Perbandaran Manjung juga mengambil kira keperluan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam penyediaan kemudahan awam agar lebih mesra pengguna.   Selain itu, penyediaan kemudahan landskap yang menarik dan mesra alam turut dibina di kawasan tumpuan pelancong seperti buaian yang diperbuat daripada kayu di pantai-pantai Pulau Pangkor dan Pantai Teluk Batik.

Back to top of page
Skip to content