MENU
 
>

26 APRIL 2013 (JUMAAT) – Sebagai persediaan terhadap pengauditan semula MS ISO 9001 : 2008 oleh pihak SIRIM yang akan diadakan pada 28 Mei 2013, Pasukan Audit Kualiti Dalaman MPM telah mengadakan pengauditan dalaman pada 25 dan 26 April 2013 (Khamis dan Jumaat).

Pasukan yang diketuai oleh Encik Nafees Hashim, Juruaudit MPM ini dianggotai oleh 19 orang auditor yang dilantik di kalangan Ketua-ketua Bahagian MPM.

Pasukan ini dibahagikan kepada 7 kumpulan yang melakukan pengaditan terhadap 30 prosedur kualiti dan 6 prosedur pengurusan. Mesyuarat Pembukaan Audit Kualiti Dalaman telah diadakan pada 25 April 2013, jam 8.15 pagi manakala Mesyuarat Penutupan bagi membentangkan hasil pengauditan diadakan pada 26 April 2013, jam 4.00 petang. Harapan MPM adalah supaya dapat mengekalkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 buat tahun ke-4 berturut-turut setelah berjaya memperolehinya daripada SIRIM pada 18 Jun 2010.