MENU
 
>

Adalah dimaklumkan bahawa borang maklumat permohonan untuk permit perniagaan di Bazar Ramadhan 1434H/2013 Majlis Perbandaran Manjung akan mula dikeluarkan mulai 13 Jun 2013 di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung seperti berikut :-

Bil Kawasan Lokasi Bazar Ramadhan Jumlah Petak Yang Disediakan
(borang yang dikeluarkan)
Tarikh Borang Dikeluarkan Jumlah Bayaran
(RM)
1. Sitiawan Tempat Letak Kereta Gerai Taman Astaka 64 13 Jun 2013 mulai 2.30 petang (sehingga borang habis dikeluarkan) 200.00
2. Ayer Tawar Tempat Letak Kereta Hadapan Premis Perniagaan Taman Medan Seri Sentosa 54 180.00
3. Pantai Remis Hadapan Pasaraya Billion, Pantai Remis 72 180.00
4. Pantai Remis (kecuali hari Rabu) Bersebelahan padang bola Pekan Beruas 32 150.00

 

Bil Kawasan Lokasi Bazar Ramadhan Jumlah Petak Yang Disediakan
(borang yang dikeluarkan)
Tarikh Borang Dikeluarkan Jumlah Bayaran
(RM)
1. Seri Manjung 1 Tapak Bersebelahan Pasar Awam Seri Manjung 104 13 Jun 2013 mulai 8.30 pagi (sehingga borang habis dikeluarkan) 200.00
2. Seri Manjung 2 Jalan bersebelahan Mini Stadium MPM dengan Fasa 1E 130
3. Taman Samudera Tempat Letak Kereta Belakang Pasaraya Billion, Seri Manjung 102

 

Syarat-syarat :-

  1. Hanya warganegara Malaysia sahaja berumur 18 tahun ke atas dibenarkan mengambil borang maklumat permohonan pemit Bazar Ramadhan. Sila kemukakan kad pengenalan semasa hadir mengambil borang. Wakil adalah tidak dibenarkan.
  2. Bagi penjawat awam perlu kemukakan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.
  3. Setiap pemohon dibenarkan mengambil 1 borang bagi mana-mana salah 1 tapak sahaja. Jika terdapat lebih daripada 1 lokasi dikemukakan, pihak Majlis hanya akan mempertimbangkan 1 lokasi sahaja.
  4. Jumlah borang yang yang dikeluarkan mengikut jumlah petak perniagaan dan nombor borang merupakan nombor petakdimana bayaran proses dikenakan sebanyak RM 5.00.
  5. Pembayaran boleh dibuat mulai 13 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013 dengan membawa kad pengendalian makanan yang masih sah tempoh atau resit suntikan pelalian taifod di kaunter Pelesenan, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar Aras 2, MPM.
  6. Perniagaan yang melibatkan aktiviti memasak, menggoreng, membakar, memproses air tebu dan kelapa muda akan dikenakan cagaran sebanyak RM 100.00 dan wang cagaran RM 100.00 hanya akan dikembalikan setelah pihak Majlis berpuashati dengan tahap kebersihan di tapak perniagaan selepas tamat Bazar Ramadhan.
  7. Wajib menghadiri taklimat pengendali makanan pada 01 Julai 2013.
  8. Borang-borang yang tidak dikembalikan akan dibuka semula mulai 24 Jun 2013.