MENU
 
>

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 Tahun Peringkat Daerah Manjung akan diadakan pada 12 September 2013 (Khamis), jam 7.30 pagi di Dataran Putra, Lumut.

Program ini diadakan bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan masyarakat.  Semasa program ini, pelbagai acara akan diadakan seperti perarakan melibatkan kira-kira 40 kontinjen yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan termasuk Majlis Perbandaran Manjung, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's) dan syarikat-syarikat swasta di daerah Manjung.  Selain itu, diadakan juga deklamasi sajak dan bacaan ikrar hari kemerdekaan.  

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan dan menjayakan program ini serta sebagai tanda kecintaan kepada negara.