MENU
 
>
PENCAPAIAN JUMLAH PENGGUNA DAN TRANSAKSI MELALUI APLIKASI MYMANJUNG
Sejak aplikasi myMANJUNG diwujudkan pada 1 Julai 2021, seramai 26,995 telah mendaftar sebagai pengguna dan sebanyak 35,738 transaksi telah diterima hingga 24 April 2022.
Ater, apa tunggu lagi??? Moh ler permudahkan urusan kome dengan mendaftar sebagai pengguna myMANJUNG yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau App Store.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN MELALUI APLIKASI MYMANJUNG IALAH :
📌 Semakan dan bayaran cukai taksiran, kompaun dan sewaan
📌 Pembaharuan dan bayaran lesen perniagaan
📌 Permohonan Permit Penjaja Harian Sementara
📌 Semakan dan bayaran bil air premis MPM
📌 Aduan Awam
Kepada para pelanggan yang telah mendaftar dan menggunakan aplikasi myMANJUNG, MPM mengucapkan tahniah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.