MENU
 
>
PROGRAM TAKLIMAT TATACARA PENGGUNAAN SOSIAL MEDIA DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM (SKMM) DAN KESEDARAN JENAYAH KOMERSIL KESEJAHTERAAN KOMUNITI
29 MAC 2022 (SELASA) - Program Taklimat Tatacara Penggunaan Sosial Media Dalam Kalangan Penjawat Awam dan Kesedaran Jenayah Komersil Kesejahteraan Komuniti telah diadakan pada hari ini, jam 9.00 pagi di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Program ini dimulakan dengan Taklimat Tatacara Penggunaan Sosial Media Dalam Kalangan Penjawat Awam oleh Puan Hanita Izam Abdul Rahman, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.
Program diteruskan dengan Taklimat Kesedaran Jenayah Komersil Kesejahteraan Komuniti oleh Puan Zahaisha Juhari dan Puan Mardiah Abdullah, Inspektor Bahagian Jenayah Siasatan Komersil (Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung).
Tujuan taklimat ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota MPM berkaitan tatacara menggunakan media sosial dengan cara yang betul dan memberi kesedaran berkaitan kesan jenayah komersil terhadap kesejahteraan komuniti.