MENU
 
>
LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR KE MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada hari ini, jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kaunselor, MPM.
Objektif lawatan ini ialah untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan aplikasi myMANJUNG dan Lesen Premis Digital myPATIL serta bagi mengeratkan lagi hubungan di antara DBKL dan MPM.
Lawatan ini disertai oleh Puan Nor Eyniwati Hassan dan pegawai-pegawai Jabatan Pengurusan Maklumat, DBKL.