MENU
 
>

Dasar Permohonan Di OSC yang baharu

1. Permohonan yang telah ditolak oleh Mesyuarat Jawatankuasa OSC tidak lagi diberi pengecualian fi bagi mengemukakan semula permohonan di dalam tempoh 30 hari. Semua permohonan yang dikemukakan semula selepas ditolak perlu mengemukakan bayaran fi penuh. Tiada rayuan bagi pengecualian fi selepas dasar ini berkuatkuasa.

2.Pengemukaan P3 (Notifikasi Borang B Mula Kerja Tanah / Kerja Binaan Bangunan), P4 (Pemeriksaan Interim), P5 (Pemeriksaan Akhir I dan II) dan P6 (Pendepositan CCC) hanya boleh dilakukan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online sahaja. Bagi kaedah ini, hanya dokumen salinan asal dalam bentuk hard copy untuk proses P3 iaitu Notifikasi Mula Kerja dan P6 iaitu Pendepositan CCC sahaja perlu diserahkan di kaunter bagi tujuan rekod dan pengesahan penerimaan, manakala bagi proses P4 dan P5 dilaksanakan sepenuhnya melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online.

3.Cadangan pelaksanaan bayaran penuh fi untuk permohonan yang dibuka semula dan pengemukaan P3 hingga P6 melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.