MENU
 
>
YB Dato' Nolee Ashilin Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak telah mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi pelancongan di daerah Manjung dan menyempurnakan Perasmian Program Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung Banteras Sampah Haram di Lokasi Hot Spot pada 17 Oktober 2021 (Ahad).
Lawatan pemantauan dan pemeriksaan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh beliau telah dijalankan pada jam 9.00 pagi di Jeti Lumut. Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pangkor, Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Puan Laila Mazwin Zakaria, Pengarah Sekretariat Pulau Bebas Cukai dan
Puan Nurmalis Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak.
Lokasi lawatan seterusnya ialah Taman Paya Bakau Bandar Lumut dan YB Dato' telah berkesempatan menanam anak pokok paya bakau.
Pada jam 10.45 pagi, program diteruskan dengan mengadakan lawatan ke Kawasan Perindustrian Ringan Seri Manjung yang menjadi hot spot pembuangan sampah haram. Penduduk setempat telah mengadakan aktiviti gotong-royong di lokasi tersebut sebagai satu inisiatif untuk menghalang kawasan berkenaan dijadikan tapak pembuangan sampah haram. Melalui Program Local Agenda 21, kawasan tersebut berjaya dibaik pulih dan diperindahkan dengan landskap yang menarik hasil daripada barangan kitar semula. Selain itu, cctv turut dipasang bagi memantau dan merekodkan aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan tersebut.
Lawatan diakhiri dengan meninjau lokasi-lokasi pelancongan di sekitar Pulau Pangkor seperti di Kampung Penyu Teluk Ketapang, lawatan ke produk pelancongan terbaru, Air Terjun Teluk Nipah dan seterusnya di Pasir Bogak Beach Street.

Hasil lawatan tersebut mendapati bahawa lokasi-lokasi pelancongan di daerah Manjung sememangnya menjadi tumpuan pelancong apatah lagi setelah kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri. Kerajaan negeri dan agensi yang terlibat akan membantu menambah baik industri pelancongan di daerah Manjung dan MPM komited untuk melaksanakan langkah

terbaik
 

bagi menjadikan industri pelancongan di daerah Manjung semakin berkembang serta lebih dikenali ramai sama ada di dalam atau luar negara.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.
Last Updated: Tuesday, 30 November 2021 - 12:22pm