MENU
 
>
KUNJUNGAN HORMAT KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SERI MANJUNG KE PEJABAT YANG DIPERTUA MPM
 
Tuan PKPgB Shuib bin Haji Idris, Ketua Balai dan Penyelamat, Seri Manjung telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada hari ini, jam 9.30 pagi.
 
Turut serta dalam kunjungan ini ialah PBK II (TBK) Khairunnizam Japri dan PBK II (TBK) Amy Ezuria Mamat. Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua amat berbesar hati menerima kunjungan ini. Turut hadir bagi pihak MPM ialah Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial.
 
Kunjungan ini diadakan sempena pertukaran Tuan PKPgB Shuib ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah. Beliau akan memulakan tugas di tempat baharu tersebut pada 18 Oktober 2021.
Last Updated: Thursday, 25 November 2021 - 12:02pm