MENU
 
>

KAJI SELIDIK KEPUASAN PENDUDUK TERHADAP KEMUDAHAN, INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA DI KAWASAN PERBANDARAN MANJUNG.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sedang melaksanakan kajian kepuasan penduduk terhadap kemudahan, infrastruktur dan prasarana di kawasan perbandaran Manjung.

Kajian ini mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja dan keputusan kajian ini akan digunakan untuk penambahbaikan perkhidmatan Majlis Perbandaran Manjung kepada orang awam.

Tempoh kajian ini adalah dari 5 hingga 31 Mei 2021.  Pautan kaji selidik adalah seperti berikut: https://forms.gle/7SPvZYJQ6XxiQhibA

Komitmen YBhg. Dato'/tuan/puan dalam menjawab kaji selidik ini amatlah dihargai.

Sebarang pertanyaan berkaitan kaji selidik ini boleh dikemukakan menerusi talian 05-6898833.

Sekian, terima kasih.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

Last Updated: Thursday, 21 October 2021 - 2:46pm