MENU
 
>

TINDAKAN PERMIT PENGUATKUASAAN BINAAN RISIKO

Mulai 1 April 2021, Tindakan Permit Penguatkuasaan Binaan Risiko telah dilaksanakan bagi binaan yang berorientasikan komersial dan industri di daerah Manjung yang tiada kelulusan pelan bangunan PBT dan CCC tetapi telah sedia dibina.

Tujuan permit ini dikenakan adalah sebagai kawalan dan tindakan penguatkuasaan ke atas bangunan yang telah dibina tetapi tidak mengemukakan pelan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Kadar permit ialah RM10.00 bagi 9 meter persegi dan perlu dibayar atau diperbaharui setiap tahun selagi binaan bangunan tiada kelulusan.

Sekian, harap maklum.

 

permit

Last Updated: Thursday, 23 September 2021 - 4:04pm