MENU
 
>

MISI BANTUAN BANJIR KE PANTAI TIMUR INISIATIF PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 
Sebentar tadi bertempat di perkarangan Stadium Majlis Perbandaran Manjung telah berlangsung Program Perasmian dan Flag Off Misi Bantuan Banjir Ke Pantai Timur.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung telah disaksikan oleh Tuan Haji Asmadi Teh, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak merangkap Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 1 (Pulau Pangkor), YM Tengku Faridah Tengku Abu Mokhtar @ Investment Bonda Tg Faridah selaku penaja utama bagi misi bantuan ini.
 
Sebanyak satu buah lori yang sarat dengan barangan makanan kering dan peralatan memasak, barangan elektrik, keperluan tempat tidur dan pakaian telah disumbangkan oleh 12 penyumbang daripada PPPKM Negeri Perak, PPPKM Daerah Batang Padang, PPPKM Daerah Manjung, PPPKM Daerah Kinta, PPPKM Cawangan Pangkor, PPPKM Teluk Intan, PPPKM Cawangan Gerik, As Suffiah Textiles & Manufacturing Sdn Bhd, Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Trolak, Felda Papulut Gerik, Persatuan Penduduk Fasa 2C, Seri Manjung, NGO-NGO dan orang perseorangan yang lain.
 
Semoga misi inisiatif murni seperti ini dapat diteruskan dan dan mendapat keredhaan Allah SWT, bak kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dalam ucapan perasmian sebentar tadi agar lebih banyak agensi, badan korporat, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan sebagai tanda prihatin dan membina rasa peduli kepada mangsa-mangsa banjir.
"..tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.."
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung