MENU
 
>
OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP
Operasi yang diketuai oleh Majlis Perbandaran Manjung bersama pegawai-pegawai Majlis Keselamatan Negara, (Negeri Perak), Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Polis Diraja Malaysia (IPD Manjung) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah dijalankan di sekitar Sitiawan, Kampung Koh dan Manjung Point 2 pada jam 10 pagi tadi.
Sebanyak 8 buah premis, 2 buah taska dan 1 tadika telah diperiksa. Daripada 8 buah premis yang diperiksa ini, 2 daripadanya telah diarahkan tutup serta-merta kerana tidak berada di bawah kategori penjualan barangan "essential".
Objektif operasi kali ini adalah untuk memberi kefahaman,nasihat dan maklumat kepada pemilik-pemilik premis tentang kepentingan mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya mereka bersedia dan terus patuhi SOP sebelum pengumuman berkaitan PKP pada 4 Februari ini nanti.
Beberapa isu seperti kekeliruan tentang jenis-jenis barang yang boleh dijual telah diselesaikan oleh agensi yang terlibat. Pematuhan SOP seperti kepentingan penyediaan kod QR turut dititikberatkan oleh pegawai-pegawai yang terlibat dengan operasi ini. Kod QR boleh membantu pihak berkuasa untuk mengesan dengan lebih cepat mereka yang mungkin berada di kawasan yang telah didatangi oleh pesakit Covid-19.
Pemantauan, pemeriksaan dan tindakan akan terus dilaksanakan sepanjang tempoh PKP ini. Rata-rata pemilik premis yang terlibat dengan operasi ini menyambut baik aktiviti pemantauan dan mematuhi arahan yang diberikan dengan kadar segera. Jika terdapat kekeliruan, peniaga dan orang awam boleh berhubung terus dengan Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak.
Peniaga-peniaga dan orang ramai diseru untuk kekal patuhi SOP dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga. Elakkan berada di kawasan yang padat dan duduk di rumah jika tidak ada urusan penting di luar.
 
OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP