MENU
 
>

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melaksanakan pemantauan di pasar-pasar awam daerah Manjung pada pagi ini dan didapati keadaan terkawal.

MPM memohon kerjasama yang berterusan daripada para peniaga dan pengunjung supaya sentiasa prihatin dengan mematuhi SOP iaitu memakai pelitup muka, mengimbas suhu badan, mengimbas aplikasi MySejahtera dan memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter bagi membendung penularan wabak COVID-19.

MPM mengucapkan terima kasih kepada para peniaga dan pengunjung yang melaksanakan tanggungjawab dengan mengamalkan kawalan kendiri.

#perangicovid19

#kitajagakita

#kitamestimenang

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

Last Updated: Thursday, 21 October 2021 - 2:46pm