MENU
 
>

PEMAKLUMAN PENGELUARAN BIL CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SECARA ATAS TALIAN MULAI PENGGAL KEDUA TAHUN 2020

Dimaklumkan bahawa mulai Penggal Kedua Tahun 2020, bil cukai taksiran tidak lagi dicetak dan dihantar melalui pos kepada pemilik-pemilik harta, sebaliknya bil tersebut telah dikeluarkan secara atas talian.

Sehubungan dengan itu, bagi bil cukai taksiran tahun 2021, pemilik-pemilik harta boleh melakukan semakan secara atas talian menerusi Sistem e-Bayaran di portal rasmi Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan Portal E-PBT online di https://pbtpay.kpkt.gov.my dan seterusnya membuat pembayaran bil cukai taksiran tersebut.

Selain itu, bil cukai taksiran tersebut boleh dimohon melalui e-mel penilaian@mpm.gov.my dengan menyatakan nombor akaun cukai taksiran dan alamat harta atau boleh datang ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Manjung.

Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran, Majlis Perbandaran Manjung merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen yang diberi.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.