MENU
 
>
PROGRAM CLIMATE CHANGE LOCAL AGENDA 21 BAGI PROGRAM LAMAN DEKORASI KITAR SEMULA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
 
Pada pagi tadi telahberlangsungprogram CLIMATE CHANGE LOCAL AGENDA 21 berserta Perasmian Laman Dekorasi Kitar Semula di Padang Arena Taman Samudera. Program ini dianjurkan sebagai langkah untuk menangani perubahan iklim (Climate Change) selaras dengan saranan Kerajaan Negeri Perak sebagaimana yang terkandung dalam rancangan Pembangunan Perak Darul Ridzuan 2021 hingga 2025 (RPP 21-25). Program ini telah dirasmikan oleh Ydh Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa langkah ini juga sejajar dengan titah DYMMPaduka Seri Sultan Perak semasa merasmikan Hari Landskap Negara diIpoh pada bulan Mac tahun ini agar semua pihak mengambil inisiatif serta tidak menangguhkan usaha dalam menangani isu perubahan iklim dan menjamin kelestarian alam sekitar. Tindakan adaptasi dan mitigasi perlu dirintis dan dilaksanakan secara serius, apatah lagi dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan atau perumahan yang semakin meningkat. Justeru, aktiviti penanaman pokok dan penggunaan bahan kitar semula bagi mewujudkan laman dekorasi ini bertepatan dengan usaha menangani perubahan iklim yang sedang kita hadapi sejak kebelakangan ini. Inisiatif Majlis Perbandaran Manjung untuk mewujudkan laman dekorasi kitar semula ini merupakan langkah yang amat dialu-alukan dan wajar mendapat pujian.
Sebelum itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung menyampaikan ucapan aluan, Beliau turut mengingatkan warga manjung supayamenjaga alam sekitar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. MPM tidak akan dapat berdiri sendiri dalam memastikan kebersihan alam sekitar berada ditahap terbaik. Beliau juga menyampaikan ucapan tahniah kepada penduduk Taman Samudera kerana turut sama memberikan kerjasama. Dengan sedikit usaha, masa, tenaga dan wang ringgit mampu melahirkan kreativiti yang boleh menjadi contoh penduduk dikawasan lain dan menggalakkan kita mengitar semula barangan untuk menjadikan bumi tempat selamat dihuni bukan sahaja untuk kita tapi anak cucu kita. MPM telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Laman dekorasi ini yang dihiasi dengan kereta dan motor mainan yang diperbuat dari bahan-bahan kitar semula. Ini bagi menggalakan penduduk setempat untuk bersikap kreatif dan peka terhadap penjagaan alam sekitar.
Majlis pada pagi tadi turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Shamsul bin Ahmad, Pengarah Urusan TNB Jana Manjung, Yang Berbahagia Laksamana Pertama Dato‘ Anuar Bin Alias, Komander Pangkalan Lumut merangkap Ahli Majlis, Yang Dihormati DSPChong Boo Khim, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Ketua-ketua Jabatan dan Unit Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Haji Jayah Bin Haji Said, Timbalan Pengerusi Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia Cawangan Manjung (MPKSM), Pengerusi-Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan rakan-rakan Media. Acara pada pagi tadi turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti tanaman pokok teduhan dan buah-buahan oleh tetamu VIP majlis.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial