MENU
 
>
OPERASI MEMASANG PERANGKAP MONYET DI TELUK BATIK, LUMUT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN Negeri Perak telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Operasi Memasang Perangkap Monyet di Teluk Batik, Lumut pada hari ini.
Operasi ini dilaksanakan berikutan masalah kacau ganggu monyet yang dihadapi oleh para pengunjung di Pantai Teluk Batik.
Hasil operasi ini, sebanyak 10 ekor monyet telah berjaya ditangkap dan akan diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Perak untuk tindakan lanjut.
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.