MENU
 
>
WARGA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA LANTIKAN BAHARU
"Di MPM, tiada istilah AKU atau SAYA dalam organisasi. Kita menjiwai dan mempraktikkan KAMI atau KITA. KAMI tempuh bersama, KAMI berjaya bersama.." - Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM.
Majlis Ikrar Aku Janji Perkhidmatan Awam Pegawai Lantikan Baharu Majlis Perbandaran Manjung telah berlangsung pada hari ini, jam 9.00 pagi di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Ahli-ahli Majlis dan Pengarah serta Ketua-ketua Jabatan dan Unit MPM.
Semasa majlis ini, Yang Dipertua telah menyampaikan surat pelantikan dan sesi Ikrar Aku Janji diadakan melibatkan 18 pegawai dan anggota lantikan baharu tersebut yang akan ditempatkan di pelbagai jabatan dan unit di MPM.
Yang Dipertua dengan rasa berbesar hati mewakili seluruh warga MPM mengalu-alukan kedatangan pegawai dan anggota lantikan baharu ke MPM dan berharap dengan pelantikan ini akan dapat membantu kejayaan MPM pada masa akan datang serta bersama-sama meningkatkan kualiti tadbir urus MPM dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk daerah Manjung.
Semoga semua warga kerja MPM dapat turut sama berganding bahu bagi memastikan MPM terus bergerak maju dan cemerlang dalam memperkasakan pembangunan yang seimbang dari sudut ekonomi dan sosial bagi kesejahteraan penduduk di daerah Manjung.
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.
Last Updated: Thursday, 21 October 2021 - 2:46pm