MENU
 
>
PEMAKLUMAN BERKAITAN PERMULAAN OPERASI PROJEK RINTIS BAGI PERKHIDMATAN KUTIPAN DAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL KAWASAN SITIAWAN OLEH MAJUPERAK UTILITIES MANAGEMENT SDN. BHD.
Dimaklumkan bahawa Syarikat Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd. (MUMSB) telah memulakan operasi Projek Rintis Bagi Perkhidmatan Kutipan dan Pelupusan Sisa Pepejal di kawasan Sitiawan pada hari ini, 1 Disember 2020.
Perkhidmatan ini melibatkan 10,029 unit premis kediaman dan 1,987 unit premis perniagaan serta sebanyak 39 unit tong berpusat telah disediakan.
Selain itu, pengagihan tong sampah percuma bersaiz 120 liter bagi premis kediaman dan 240 liter bagi premis perniagaan akan dilakukan secara berperingkat mulai bulan Januari 2021 bagi premis-premis terlibat.
Majlis Perbandaran Manjung berharap semoga dengan langkah ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di daerah Manjung khususnya bagi kawasan Sitiawan.
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG