MENU
 
>

MAKLUMAN KESELAMATAN MENGHADAPI BANJIR KILAT

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa fasa permulaan monsun telah bermula pada November 2020 dan dijangkakan akan berakhir sepenuhnya pada Mac 2021.

Penduduk di daerah Manjung terutamanya yang berada di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menghadapi bencana alam ini dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk dipindahkan ke kawasan selamat.

Anggota Majlis Perbandaran Manjung di setiap zon telah diarahkan untuk bersiap sedia pada setiap masa bagi memberikan bantuan dan melakukan rondaan berkala bagi memastikan setiap saluran perparitan dan saliran berada di dalam keadaan terbaik.

Namun begitu penduduk juga dinasihatkan untuk bersedia menghadapi banjir dengan melaksanakan perkara-perkara tersebut:

1. Dapatkan maklumat-maklumat banjir dari pihak yang berkaitan

2. Pastikan lokasi pusat perpindahan terdekat

3. Letakkan dokumen-dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat

4. Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi

5. Pastikan bekalan ubat yang mencukupi bagi pesakit kronik

6. Sediakan barang keperluan asas seperti susu kanak-kanak, ubat-ubatan dan pakaian sebelum diarahkan untuk berpindah

7. Meletakkan kenderaan di kawasan yang tinggi dan pastikan kereta dikunci

8. Jangan biarkan anak-anak anda bermain air diluar rumah

9. Pastikan peralatan elektrik dan gas diletakkan di kawasan yang tinggi

10. Pastikan bekalan air, elektrik dan gas ditutup semasa meninggalkan rumah jika diarahkan untuk berpindah

11. Simpan nombor telefon pihak bomba, polis dan pihak hospital.

Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi nombor tertera dengan kadar segera:

1. Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung : 05-6886222

2. Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung : 05-6899222

Harap maklum.

#kekalselamat

#kitajagakita