MENU
 
>
PEMAKLUMAN BERKAITAN CAJ PARKIR DI TELUK BATIK
Caj parkir RM 5 hanya dikenakan di kawasan parkir luar Kompleks Pengurusan Pelancongan Teluk Batik (berhampiran Dataran Hadhari dan Chalet Impian). Kawasan ini adalah berdekatan dengan pantai dan kawasan Camp Site Teluk Batik.
Bagi kawasan parkir yang lain seperti di bahagian tengah, belakang kedai dan berhampiran Chalet Pak Man, caj masih kekal RM 3 dan tiada penambahan. Pengunjung mempunyai pilihan untuk memilih kawasan parkir yang berdekatan dengan pantai ataupun kawasan parkir yang digazetkan dengan caj RM 3.
Last Updated: Thursday, 21 October 2021 - 2:46pm