MENU
 
>

PROGRAM BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TAHUN 2020 DI PASAR RAYA TF VALUE-MART SERI MANJUNG

Apa khabar warga Manjung?

Jangan lupa janji temu kita di Pasar Raya TF Value-Mart Seri Manjung pada 23 Ogos 2020 (Ahad) dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang sempena Program Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Manjung.

Manfaatkan hari anda dengan melaksanakan urusan berikut :
📌 Semakan dan bayaran cukai taksiran, sewaan dan kompaun
📌 Bayaran dan pembaharuan lesen perniagaan
📌 Aduan, permohonan dan cadangan awam
📌 Pembelian kupon tempat letak kereta
📌 Pembelian EZ Sanitizer

Pastikan juga anda membawa barangan kitar semula yang akan kami gantikan dengan barangan keperluan harian.

Jumpa anda di sana!!!

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.