MENU
 
>
PROGRAM BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TAHUN 2020
Apa khabar warga Manjung?
Jangan lupa janji temu kita di Pasar Awam Ayer Tawar pada 22 Julai 2020 (Rabu) dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sempena Program Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Manjung.
Manfaatkan hari anda dengan melaksanakan urusan berikut :
📌 Semakan dan bayaran cukai taksiran, sewaan dan kompaun
📌 Bayaran dan pembaharuan lesen perniagaan
📌 Aduan, permohonan dan cadangan awam
📌 Pembelian kupon tempat letak kereta
📌 Pembelian EZ Sanitizer
📌 Jualan pokok-pokok bunga hiasan
Pastikan juga anda membawa barangan kitar semula yang akan kami gantikan dengan barangan keperluan harian.
Jumpa anda di sana!!!
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.