MENU
 
>
KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE PEJABAT ORANG BESAR JAJAHAN MANJUNG
Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YDH Toh Seri Bijaya, Lt. Kol. (B) Dato’ Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung pada hari ini, jam 10.30 pagi. Lawatan ini turut disertai oleh TPr Encik Muhamad Helmy Abdul Hadi, Ketua Jabatan Perancang Bandar, MPM.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi idea berkaitan program-program semasa dan perkembangan pembangunan yang semakin rancak daerah Manjung serta mengeratkan hubungan di antara kedua-dua belah pihak.