Pembangunan bandar sering kali berhadapan dengan cabaran untuk mengekalkan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar. Justeru, untuk mewujudkan persekitaran yang berdaya huni, Majlis Perbandaran Manjung sentiasa peka dengan kemampanan alam sekitar dalam melaksanakan pembangunan dan pengurusan perbandaran. Proses urbanisasi harus diimbangi dengan pemeliharaan dan pemuliharaan elemen hijau bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Alam Sekitar
Antara langkah yang dilaksanakan ialah meminimumkan jumlah janaan sisa melalui pembudayaan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan menggalakkan penggunaan semula sisa selaras dengan konsep waste to wealth, program hari tanpa kenderaan, pembersihan pantai dan penanaman pokok bagi penghijauan kawasan.
Selain itu, memandangkan pembangunan bandar yang terancang amat penting untuk memastikan kelestarian alam sekitar, perkara tersebut diambil dalam proses pemajuan. Selain itu, Majlis Perbandaran Manjung sentiasa mendapatkan penglibatan masyarakat dalam usaha meningkatkan kualiti alam sekitar.