Pemegang Kad Privileges Cukai Taksiran
Syarat-Syarat Keahlian
- Menjelaskan Cukai Taksiran Semasa yang bernilai RM 10,000 atau lebih (mengikut bil tuntuan sebelum 28hb. Feb setiap tahun).
- Kelayakan adalah untuk tempoh 1 tahun sahaja iaitu mulai 1hb Mac tahun semasa sehingga 1hb Mac tahun berikutnya dan kelayakan tahun berikutnya adalah tertakluk samada tuan telah menjelaskan bil Cukai Taksiran yang dituntut sepenuhnya.
- Jika tuan gagal menjelaskan sepenuhnya bil Cukai Taksiran yang dituntut, maka keahlian tuan akan ditamatkan mulai 1hb Mac tahun tersebut.
- Bayaran cukai taksiran adalah untuk pegangan yang terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung sahaja.
Syarat-Syarat dan Peraturan-Peraturan
- Kad ini adalah diberikan secara percuma tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang diperuntukkan.
- Kad ini tidak boleh dipindahmilik dan Majlis Perbandaran Manjung boleh meminta untuk dikemukakan dokumen-dokumen lain untuk pengesahan termasuk kad pengenalan, lesen memandu atau kad kredit.
- Sekiranya berlaku kehilangan kad atau kad rosak, pemegang kad hendaklah memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Manjung dalam tempoh 24 jam selepas kehilangan.
- Pemegang kad adalah diminta untuk menghubungi Majlis Perbandaran Manjung sekiranya terdapat pertukaran alamat atau apa-apa maklumat berkaitan bagi pemberian dan penggunaan kad ini.
- Pemberian kad ini tidak mengikat Pemegang kad dan Majlis Perbandaran Manjung di dalam apa-apa kontrak dan tidak bermaksud mewujudkan apa-apa hubungan ejen dan principal di antara kedua-dua pihak.
- Majlis Perbandaran Manjung berhak mengubah, meminda dan menukar segala polisi, syarat dan peraturan sepertimana yang difikirkan dari masa ke semasa.
- Semua perubahan atau pindaan ini akan dimaklumkan kepada ahli secara bertulis atau melalui khidmat pesanan ringkas.
- Sekiranya terdapat apa-apa perlanggaran syarat dan penyalahgunaan kad ini, pihak Majlis berhak untuk mengambil semula kad ini.
- Sila kemukakan Privileges Card setiap kali berurusan dengan Majlis Perbandaran Manjung bagi mendapatkan keistimewaan sebagai pemegang kad.
- Penama-penama sebagai wakil/egen bagi pihak syarikat yang disenaraikan pihak syarikat.
Keistimewaan Ahli
Sebagai pembayar cukai yang besar, kelayakan istimewa bermula setiap kali tuan mempunyai urusan dengan Majlis Perbandaran Manjung. Setiap kali tuan mengunjungi Majlis Perbandaran Manjung tuan adalah tetamu istimewa kami.
Kelayakan Istimewa Untuk Tuan :
- Menerima Pelekat Kereta Tahunan.
- Tuan hanya perlu menunggu di ruang tamu yang selesa dan semua urusan tuan di Majlis Perbandaran Manjung akan diuruskan oleh kakitangan kami.
- Hadiah khas tahunan
- Diskaun 30% untuk semua kemudahan Majlis Perbandaran Manjung yang di sewakan
- Menerima pelbagai hadiah tanda ingatan daripada Majlis Perbandaran Manjung (jika ada)