Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

   

 

Perutusan YDP

 

 

PERUTUSAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, dapat kita bersua lagi pada tahun 2011 ini.

Di kesempatan ini saya mewakili semua warga kerja Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang sering berurusan dengan MPM serta komuniti kawasan Perbandaran Manjung.

Pada 10 November 2010 lalu, genap 9 tahun MPM dinaiktaraf kepada majlis perbandaran. Dalam tempoh tersebut, MPM berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki sistem pengurusan dan memacu pembangunan di kawasan perbandaran Manjung selaras dengan visi MPM iaitu menjadikan perbandaran Manjung sebagai kawasan pelancongan dan maritim yang maju, progresif, makmur dan terunggul menjelang tahun 2015.

Usaha padu MPM bagi memperbaiki pelbagai aspek dalam sistem pengurusan sepanjang tahun 2009 membuahkan hasil apabila berjaya menempa beberapa kejayaan seperti memperolehi Pensijilan ISO 9001 : 2008 daripada SIRIM Berhad pada 18 Jun 2010, mendapat Pensijilan Amalan 5S daripada Malaysian Productivity Corporation (MPC) pada 9 Ogos 2010 dan dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Kaunter Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2010 (Kategori Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya) oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Sehubungan itu, MPM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti kawasan perbandaran Manjung yang sentiasa peka dan pro-aktif dalam memberi sumbangan sama ada dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pembayar cukai atau memberi idea bagi memantapkan sistem pengurusan MPM.

Harapan MPM pada tahun 2011 adalah untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perbandaran dan sistem penyampaian perkhidmatan selaras dengan hasrat MPM untuk menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang yang cemerlang, gemilang dan terbilang di Malaysia.


Sekian, terima kasih.

 

(ZAMRI BIN MAN , PMP., AMP., PJB.)
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Manjung

 

Masuk
Masuk | Daftar

Carian