INFORMASI BANTUAN W3C
Tujuan capaian W3C adalah untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya(OKU) dan warga emas. Majlis Perbandaran Manjung amat prihatin terhadap golongan tersebut dan telah menyediakan kemudahan supaya mereka dapat melayari laman web ini. Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan kemudahan seperti berikut :

PENGGUNA WARGA TUA
Bagi pengguna warna tua yang mempunyai penglihatan yang kurang jelas, laman web Majlis Perbandaran Manjung menyediakan kemudahan pilihan teks yang berbeza di mana kemudahan ini dapat memperbesarkan dan memperkecilkan saiz font yang digunakan. Mereka boleh memilih saiz font yang lebih besar ataupun lebih kecil mengikut kesesuaian penglihatan mereka. Pengguna boleh memilih antara A-, A ataupun A+ mengikut kesesuaian penglihatan masing-masing.

RABUN WARNA
Bagi pengguna yang rabun huruf, laman web ini menyediakan kemudahan di mana pengguna harus memilih warna mengikut kesesuaian penglihatan mereka.

PENGGUNA CACAT PENGLIHATAN
Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal Portal Rasmi Majlis Perbandaran Manjung. Kemudahan pembaca text (text reader) akan menjana suara secara automatik sebagai alternatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Panduan untuk menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :
- Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon "
" pada bahagian bawah kandungan/artikel tersebut. - Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Paparan tersebut adalah seperti dibawah :
- Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila pastikan "speaker" komputer anda tidak berada dalam keadaan "mute"
