Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

 

   

 

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

1.0       Objektif Pusat Setempat

  • Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan – pelan lain.
  • Memendekkan norma masa dan memudahkan cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek di bawah Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta projek – projek kerajaan dalam tempoh (4) bulan dan dibawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan dan
  • Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan – permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah dengan mengambil kira peruntukan – peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta  133 ) .

2.0             Fungsi Pusat Setempat

  • Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan dengan merujuk senarai semak permohonan.
  • Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat – syarat yang ditetapkan.
  • Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan – jabatan yang berkenaan untuk memproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan.
  • Memantau permohonan – permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan / agensi teknikal.
  • Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima.
  • Mendapatkan maklum balas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat apa – apa isu dan masalah.
  • Menyelaras dan mengedarkan kertas kerja cadangan pemajuan beserta pelan pra – hitungan untuk mendapat pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat.
  • Mengemaskini status permohonan di dalam portal OSC.

 

KAUNTER UNIT PUSAT SETEMPAT

 

PEJABAT UNIT PUSAT SETEMPAT

 

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT

 

Pages: 1  2  3  

Masuk
Masuk | Daftar

Carian