Muzium Beruas

Lokasi Beruas |
Waktu beroperasi 10:00am - 5:00pm |
Perincian Maklumat
Pada 23 Mei 1995, Muzium Beruas dengan rasminya diserahkan kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Muzium beruas telah dibuka kepada orang ramai pada Julai 1995 dan telah dirasmikan Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli Bin Ngah Talib ketika itu.
Muzium Beruas mempamerkan sebanyak 300 artifak sejarah zaman Kerajaan Gangga Negara dan Raja Beruas yang ditemui hasil daripada penelitian dan carigali sejarah tahun 1991. Muzium ini terletak di pekan Beruas lebih kurang 40 km dari bandar Ipoh dan 20 km dari Bandar Sitiawan. Muzium ini dibuka pada setiap hari dan yuran masuk adalah percuma.
Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung