Alamat Kota Belanda terletak di Kampung Teluk Gedung iaitu di Selatan Pulau Pangkor. (15 minit dari jeti Pangkor)
No. telefon (-)
No. fax (-)
Email (-)
Laman (-)
Waktu beroperasi 9:00am - 5:00pm
Bayaran (-)
Perincian maklumat
Kota Belanda terletak di Kampung Teluk Gedung iaitu di Selatan Pulau Pangkor (15 minit dari Jeti Pulau Pangkor). Kota yang berusia 324 tahun ini dibina pada tahun 1680. Ia merupakan sebuah kota batu binaan penjajah Belanda iaitu penjajahan pertama Eropah di Perak. Tujuan pembinaannya ialah sebagai sebuah kubu pertahanan bagi mengelak serangan lanun dan penduduk tempatan lain yang memberontak terhadap pemerintahan penjajah Belanda.
Kota ini juga berfungsi untuk mengawal laluan barang dagangan di Perak terutamanya bijih timah. Orang-orang Belanda ini, walaupun mereka turut berdagang dengan orang-orang Melayu, mereka kurang percaya kepada penduduk tempatan ini. Kerana takut kepada orang-orang Melayu mereka tidak berani meninggalkan kubu mereka terlalu jauh kerana hanya di kubu itu sajalah mereka berasa selamat.Beberapa tahun kemudian kubu ini diperkasakan dengan binaan bangunan batu dan dilengkapi 12 hingga 14 buah meriam.
Sejarah Kota Belanda bermula apabila pihak Belanda menempatkan tentera mereka di Pulau Pangkor pada tahun 1680. 1690 Rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan Kota Belanda ini .Walaubagaimanapun, seorang pahlawan tempatan yang bernama Panglima Kulup telah menyerang Kota Belanda beberapa kali tanpa berputus asa sehingga berjaya menewaskan Belanda dan menghalau mereka dari Pulau Pangkor. 1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini.
Kemudahan Pengangkutan
Terdapat perkhidmatan teksi pelancong yang membawa para pengunjung untuk ke lokasi ini dan juga mengelilingi Pulau Pangkor. Teksi tersebut dapat memuatkan seramai 10 penumpang pada setiap perjalanan.
Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung