Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Fungsi Jabatan ini mengandungi 3 bahagian utama iaitu bahagian Perhubungan awam, Bahagian Pelancongan & Penyelidikan, dan Bahagian Sukan & Kebudayaan yang mempunyai fungsi masing-masing : Bahagian Perhubungan Awam - Mengendalikan aduan dan permohonan (aduan awam dan aduan-aduan daripada Biro Pengaduan Awam, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pejabat Menteri Besar, Pejabat ADUN, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan agensi-agensi kerajaan lain).
- Mengurus dan mengendalikan pelaksanaan Sistem ’Area Officer’ (penempatan dan penyediaan Laporan ‘Area Officer’) dan Program Tugasan Harian Ahli Majlis.
- Mengurus dan mengendalikan Program Turun Padang (hari Rabu setiap minggu).
- Memgurus dan mengendalikan kerja-kerja penerbitan MPM (Laporan Tahunan, Buletin Suara Permai, Info MPM, Pamplet Jabatan, kad ucapan perayaan dan kain rentang perayaan/program).
- Mengurus dan mengendalikan Program Local Agenda 21 dan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
- Mengeluarkan kenyataan media dan mengendalikan sidang media berkaitan aktiviti-aktiviti MPM.
- Menyediakan teks-teks ucapan bagi pihak-pihak berkepentingan.
- Mengurus dan mengendalikan dialog atau pertemuan orang awam dengan pihak MPM (Hari Bertemu Pelanggan, pembukaan Kaunter Khidmat Pelanggan dan Majlis Mesra Rakyat).
- Mengurus dan mengendalikan lawatan agensi luar ke MPM.
- Mengurus dan mengendalikan perpustakaan Majlis Perbandaran Manjung.
|