OBJEKTIF UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN
Mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan serta harta bersama yang dilaksanakan oleh pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
PIAGAM PELANGGAN UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN
- Mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) tidak lewat daripada dua belas (12) bulan daripada tarikh penyerahan milikan kosong atau dua belas (12) bulan dari permulaaan kuatkuasa Akta 663 sekiranya milikan kosong telah diserahkan sebelum tarikh tersebut.
- Mesyuarat agung pertama penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) apabila pindahmilik hakmilik strata telah mencapai 25% atau ¼ daripada keseluruhan bilangan unit.
- Menyediakan jawapan bertulis bagi pertanyaan/aduan awam yang berkaitan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat diterima.
- Memastikan pemaju mendaftarkan nama Badan Pengurusan Bersama (JMB) kepada Pesuruhjaya Bangunan dalam masa 28 hari daripada tarikh mesyuarat pertama Badan Pengurusan Bersama (JMB).
- Mengeluarkan sijil perakuan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh empat belas (14 hari) dari tarikh surat permohonan Badan Pengurusan Bersama (JMB) tersebut.
- Akaun Penyenggaraan Bangunan (APB) yang teraudit dikemukakan oleh pemaju tidak lewat daripada enam (6) bulan berikutan dengan permulaan kuatkuasa Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (penyenggaraan dan Pengurusan) 2007.
FUNGSI UTAMA UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN
- Memastikan setiap bangunan berstrata mempunyai pengurusan bangunan samada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC)
- Memastikan setiap pengurusan bangunan berstrata berfungsi dengan sempurna.
- Memastikan proses peralihan pihak pengurusan bangunan berjalan dengan baik.
- Memberi khidmat nasihat dan menjawab aduan yang diterima.
- Menguatkuasakan akta, peraturan dan garis panduan berkaitan.