Jabatan Bangunan
Fungsi
- Memproses kelulusan pelan-pelan bangunan bagi cadangan sekim perumahan, perindustrian, komersial serta bangunan individu.
- Memproses kelulusan pelan-pelan infrastruktur iaitu - Pelan Kerja-Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan serta Lampu Jalan.
- Memproses serta meluluskan permohonan pelan pindaan, tambahan dan kerja-kerja kecil bangunan.
- Mengeluarkan permit sementara untuk bangunan sementara, bangsal pekerja, mendeposit bahan binaan, bangsal, khemah pertunjukkan dan lain-lain yang berkaitan.
- Menerima dan merekod pelan-pelan struktur konkrit tetulang (RC) serta pengiraan.
- Mengambil tindakan ke atas semua binaan/ tambahan tanpa kelulusan melalui kompaun, notis, amaran, denda sehingga tindakan mahkamah.
- Mengawasi pembinaan bangunan dan infrastruktur supaya dilaksanakan mengikut syarat-syarat kelulusan Majlis.
- Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki bangunan.
Piagam Pelanggan
“BERUSAHA UNTUK MENGAWAL PEMBINAAN BANGUNAN DI KAWASAN MAJLIS MENGIKUT PIAWAIAN DAN DASAR MAJLIS”.
1. Memberi ulasan terhadap permohonan pelan dalam tempoh lima belas (15) hari, hari bekerja
bagi permohonan untuk :-
i. Sekim perumahan/ Komersial/ Perindustrian termasuk Pelan-Pelan Infrastruktur-
Jalan dan Perparitan serta Kerja-Kerja Tanah.
ii. Binaan dan Struktur Telekomunikasi.
iii. Institusi/ Rumah Ibadat/ Pusat Perubatan.
iv. Bangunan Sementara.
v. Pindaan kepada pelan lulus/ bangunan sedia ada bagi kategori i - iv.
2. Memberi ulasan terhadap permohonan pelan dalam tempoh tujuh (7) hari, hari bekerja
bagi permohonan untuk :-
i. Rumah Kediaman Individu.
ii. Rumah Kedai/ Kedai Pejabat Individu.
3. Memberi ulasan terhadap permohonan Pelan Pindaan kepada Pelan
Lulus/ Bangunan Sedia Ada (selain kategori 1 v) dalam tempoh lima (5) hari, hari bekerja dari tarikh
permohonan diterima.
4. Memproses serta memberi keputusan serta merta terhadap permohonan pelan bagi
tambahan awning dan pagar serta kerja-kerja kecil bangunan yang mematuhi semua
kehendak perundangan yang ditetapkan.