Perincian maklumat Batu Bersurat terletak di Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor iaitu berhampiran dengan kawasan perumahan nelayan di tepi pantai dan berhadapan dengan Kota Belanda. Lakaran yang diukir pada permukaan Batu Bersurat tersebut ialah berbentuk seekor harimau yang sedang menyerang sesuatu (dipercayai seorang budak lelaki) dan terdapat dua bulatan berbentuk daun dan perkataanperkataan Belanda serta Inggeris iaitu ‘If Carlo 1743’ dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda. Tahun yang tercatat dikatakan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an. Batu Bersurat tersebut dikatakan menceritakan perihal anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh seekor harimau. Walaubagaimanapun, menurut penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun. Pengangkutan Terdapat perkhidmatan teksi pelancong yang membawa para pengunjung untuk ke lokasi ini dan juga mengelilingi Pulau Pangkor. Teksi tersebut dapat memuatkan seramai 10 penumpang pada setiap perjalanan. Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung |