img
Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Skema Warna :tema asal | tema biru | tema hitam | tema coklat Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

 

   

 

Unit Kawalan Vektor

PENDAHULUAN 
Unit Kawalan Vektor Majlis Perbandaran Manjung telah diwujudkan pada bulan Julai 2003 dan mula beroperasi pada 3 Oktober 2003.Unit Kawalan Vektor ini dibawah bahagian Unit Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar dan diketuai oleh Pegawai Tadbir iaitu Pn Noorhayati bt Abdul Rahim.Manakala Unit ini dibawah penyeliaan En.Abdul Halim bin Mat selaku Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan.Unit ini telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung(Unit Kawalan Vektor) dalam pencegahan dan pengawalan penyakit demam denggi. Tujuan unit ini adalah untuk mengawal,mengelakkan dan meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi di kawasan PBT.
 
MISI
  • Menjamin perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti kepada setiap pelanggan.
  • Sentiasa berusaha menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Manjung Maju, Bersih, dan Indah.
 
MATLAMAT
Untuk menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Manjung sebagai kawasan yang permai, bersih, indah dan dinamik melalui penyediaan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti serta memastikan perlaksanaannya adil dan saksama untuk semua.
 
SKOP
Mengendalikan notifikasi, penyiasatan, pencegahan dan pengawalan kes bagi semua penyakit berjangkit.
 
TUGAS
  • Menjalankan pemeriksaan kes-kes aduan yang diterima seperti kes nyamuk, lalat dan serangan serangga yang merbahaya.
  • Meninjau kawasan aduan,meneliti,mencari punca dan mengambil tindakan.
  • Memastikan keselamatan dan kebersihan kawasan Majlis terkawal dan selamat.
 
TUGAS-TUGAS UNIT VEKTOR
  • Abeting
    • Meletakan racun kedalam takungan air yang dikenalpasti mangandungi jejentik.
    • Terbahagi kepada 3 bahagian:
      1. Abeting didalam premis
      2. Abeting didalam longkang
      3. Abeting didalam tangki septik
  • Miss Blower
    • Menyembur ubat racun serangga(sejenis cecair) ketempat longgokan sampah .
    • Dimana bekas-bekas yang terbiar berpotensi menjadi bekas pembiakan nyamuk.
  •  Fogging
    • Penyemburan asap racun pembunuh nyamuk ketempat dikenalpasti ada pembiakan sehingga jarak 200 meter dari lokasi pembiakan. Waktu penyemburan dilakukan pada 5.30 ptg – 8.30 mlm
  • ULV ( Ultra Low Volume)
    • Sejenis semburan kabus yang dilakukan diantara pukul 5.30 ptg sehingga 8.30 mlm
  • Notis Kacauganggu
    • bertujuan supaya pemilik lot kosong ataupun premis kosong membersihkan kawasan mereka yang menimbulkan kacauganggu seperti nyamuk,lalat,ular atau serangga menyebabkan penyakit merbahaya

Pages: 1  2  3  

Masuk
Masuk | Daftar