Selera Manjung

 
ROJAK MANJUNG
 
Di Perak terkenal dengan Rojak Manjung yang kini di buka Di D'Mara Plaza, Sitiawan. Sudah 20 tahun rojak Manjung menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung bukan takat di dalam daerah malah di daerah luar juga. Selain itu turut menjadi tumpuan orang-orang kenamaan. Makanan ini merupakan warisan turun temurun keluarga En Kamahizad. Kedai ini terletak di No. 6, Plaza D' Mara Jalan Lumut, 32000 Sitiawan Perak. Adunan Bahan masakan serta kuah rojak di buat secara Tradisional dan tersendiri. Rojak Manjung terkenal kerana bahan-bahannya iaitu Cucur Udang, Kentang, Tempe, Telampung, Sotong, Fish Cake, Tauhu, Cucur Kucai dan telur. Selain itu terdapat makanan sampingan yang popular iaitu Nasi Campur Rendang Cendawan. Kedai ini beroperasi dari 9.30 pagi hingga 7 malam dan cuti pada hari ahad.