| | PELAKSANAAN PROGRAM KITAR SEMULA APA ITU KITAR SEMULA? Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semulaatau dalam erti kata yang mudah, proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kami ingin berkongsi dengan warga Manjung tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh warga Manjung supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri Meningkatkan penyertaan semua pihak khususnya penduduk di taman-taman perumahan, industri, premis-premis perniagaan, tempat ibadat dan jabatan serta agensi kerajaan termasuk NGO. TAHUKAN ANDA? |