- APAKAH DRAF RANCANGAN STRUKTUR DAERAH MANJUNG?
- Dasar-dasar Rancangan Struktur disediakan mengikut kajian sektor masing-masing. Secara keseluruhannya ianya memberikan penekanan kepada aspek pelancongan, perindustrian, pertanian, infrastruktur dan keseimbangan alam sekitar menjelang tahun 2010. Dasar dan cadangan juga disediakan dalam bentuk satu gambarajah utama yang menunjukkan kedudukan spatial dasar-dasar yang telah digunakan. Disamping itu rajah, ilustrasi dan jadual yang berkaitan disertakan mengikut sektor bertujuan untuk menjelaskan lagi dasar-dasar dan cadangan-cadangan yang dikemukakan.
- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RANCANGAN STRUKTUR DAERAH MANJUNG?
- Rancangan Struktur Daerah Manjung adalah satu pernyataan bertulis yang menggariskan dasar dan cadangan am perancangan kawasan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan berserta justifikasi dan langkah umum yang perlu untuk melaksanakan kehendak dasar dan cadangan. Rancangan Struktur Daerah Manjung mengandungi dasar dan cadangan am perancangan yang bersangkutan dengan pemajuan dan penggunaan tanah yang merangkumi aspek-aspek sosial, ekonomi, fizikal dan alam sekitar bagi kawasannya.
- BAGAIMANA RANCANGAN STRUKTUR DAERAH MANJUNG DISEDIAKAN?
- Penyediaan Rancangan Struktur Daerah Manjung mengandungi 2 peringkat iaitu:
* Pembentukan matlamat dan objektif selaras dengan matlamat perancangan negara dan negeri.
The first stage
* Pengumpulan data melalui kaedah maklumat sekunder dan kajiselidik.
* Penganalisaan data dan pengenalpastian isu dan masalah hasil daripada kajian sektoral.
* Penyediaan laporan pemeriksaan yang mengandungi ringkasan hasil kajian-kajian sektoral dan meliputi isu-isu utama dan cadangan am, dan
* Seranta ke atas laporan pemeriksaan.
Peringkat kedua
* Draf rancangan struktur dibentuk setelah mengambilkira cadangan dan pendapat awam serta perkara-perkara berbangkit ketika seranta laporan pemeriksaan dan setelah menilai strategi alternatif.
* Draf rancangan struktur seterusnya dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri untuk kelulusan, seranta diberikan kepada draf rancangan struktur yang telah disediakan dimana orang ramai sekali lagi diberikan peluang untuk membuat cadangan dan bantahan terhadap kandungan draf rancangan struktur.
* Segala cadangan dan bantahan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri sama ada untuk melulus, menolak atau mengarahkan supaya pindaan dilakukan terhadap draf rancangan struktur, dan
* Semakan draf rancangan struktur dibuat dari semasa ke semasa dan pindaan yang sewajarnya dibuat supaya rancangan struktur dapat memenuhi kehendak perubahan semasa.












