img
Laman Utama | Peta Laman | Bantuan | Soalan Lazim | Maklum balas | Forum
English | Bahasa Melayu | Lain Bahasa
Skema Warna :tema asal | tema biru | tema hitam | tema coklat Sila pilih saiz font anda : iconAplus iconAreset iconAminus   Sila pilih warna pilihan anda : biru merah hijaun iconreset iconw3c Latar Belakang iconbg1 iconbg2 iconbg3 iconbg4 iconbg5


 

 

   

 

Perlaksanaan Tuntutan Notis E & F

 

Jumlah wang yang kena dibayar bagi setengah tahun pertama hendaklah dibayar sebelum 28hb. FEBRUARI dan bagi setengah tahun kedua hendaklah dibayar sebelum 31hb. OGOS pada tahun yang berkenaan. (Bah XV.S 147 (i) Akta 171).

Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya seperti (1) masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam tiap-tiap tahun mengikut mana yang berkenaan,jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut bersama dengan bayaran notis yang ditetapkan. (Bah XV.S 147 (i) Akta 171).

Kadar Bayaran Notis (Borang E) adalah seperti berikut

 

Jumlah Tunggakan

Bayaran Notis

(a) Jika jumlah yang harus dibayar tidak melebihi RM 100

RM4.00

(b) Melebihi RM100 tetapi tidak melebihi RM250

RM 8.00

(c) Melebihi RM250 tetapi tidak melebihi RM600

RM12.00

(d) Melebihi jumlah di atas bagi tiap-tiap RM100.00 atau sebahagian daripadanya

RM 2.00

 

Untuk menuntut seuatu tunggakan, Majlis boleh mengeluarkan suatu Waran tahanan (kos tahanan akan dibiayai oleh pemilik harta) dan boleh mensita menurut waran itu apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya. (Bah XV.S 147 (i) Akta 171

Kos tahanan (Borang F) yang dikenakan adalah seperti berikut

 

Jumlah Tunggakan

Kos Tahanan

Amaun tunggakan

10% dari akaun tunggakan

 

 

Waktu Kutipan pejabat adalah seperti berikut:

Hari Isnin – Khamis                  :         8.15 pagi hingga 4.15 ptg
 
Hari Jumaat                              :         8.15 pagi-12.15 t/hari
                                                           2.00 ptg   hingga 4.15-5ptg

Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini diatas penukaran alamat surat-menyurat bagi memudahkan penyampaian bil dan mengelakkan tunggakan. Borang Penukaran Alamat yang boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Kaunter Semakan Utama, Majlis Perbandaran Manjung.

 

Sekiranya tuan / puan tidak menerima bil asal,sila berurusan terus ke kaunter semakan utama atau bahagian Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Manjung untuk mengambil salinannya bagi membuat bayaran Cukai Taksiran

Masuk
Masuk | Daftar