10 NOVEMBER 2009 (SELASA) –   Majlis Sambutan Ulang Tahun Naiktaraf Perbandaran Ke-8 Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Pelancaran MySms 15888 telah diadakan pada jam 8.00 pagi di Dewan Merdeka, MPM.

Majlis ini diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-8 MPM dinaiktaraf sebagai majlis perbandaran dan melancarkan penyediaan perkhidmatan MySMS 15888 oleh MPM.   Kira-kira 400 tetamu menghadiri majlis ini yang terdiri daripada Encik Encik Zuhren Bin Md. Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Dapat Vista (M) Sdn. Bhd., Cik Amelia Pui Sien Ling, Penolong Pengarah ICT, Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Ketua-ketua Jabatan Daerah Manjung, Ahli-ahli Majlis MPM, para pemaju dan hotelier, pemimpin-pemimpin masyarakat dan warga kerja MPM.

Pelbagai acara dimuatkan seperti penyampaian Anugerah Anggota Pejabat Terbaik Bulan Oktober 2009, Anugerah Pekerja Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Bandar, MPM Bulan Oktober 2009 dan Anugerah Jabatan Terbaik Bulan Oktober 2009 serta penyampaian cenderahati kepada pesara MPM tahun 2009.  Perasmian majlis ini disempurnakan oleh Tuan Zamri bin Man, Yang Dipertua MPM.
 

Perkhidmatan mySMS 15888 MPM
mySMS atau dikenali sebagai Gerbang SMS Kerajaan adalah usaha kerajaan dalam memperkenalkan SATU nombor sms iaitu 15888 bagi semua agensi kerajaan.

MPM telah menyertai perkhidmatan yang disediakan ini sebagai satu inisiatif bagi mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatannya.MP M merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang PERTAMA di Perak menyambut baik usaha kerajaan ini.

Dalam perkhidmatan ini, MPM telah menyediakan beberapa perkhidmatan iaitu :
1.    Bagi mendapatkan Maklumat rasmi berkenaan MPM seperti alamat dan no. tel, nama ydp, nama SU dan nama ketua-ketua Jabatan untuk dihubungi.
2.    Selain itu, MPM juga menyediakan permintaan dokumen untuk dimuat turun ke emel pengguna. Antara borang yang disediakan adalah borang permit sementara dan borang tukar alamat cukai taksiran. Perkhidmatan ini akan ditambah dari masa ke semasa dan pengguna boleh melayari laman web MPM untuk mendapatkan Maklumat terbaru.
3.    MPM juga menambah 1 lagi saluran aduan dengan hanya sms aduan kepada MPM.
4.    Akan datang perkhidmatan lain seperti semakan cukai taksiran dan kompaun tempat letak kenderaan.

Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20. MPM tidak menerima sebarang keuntungan daripada perkhidmatan ini dan caj ini telah ditentukan oleh kerajaan dalam meringankan beban rakyat.
Selain itu, adalah digalakkan kepada semua untuk mendaftar sebagai ahli mySMS untuk mendapatkan maklumat-maklumat semasa kerajaan. Pendaftaran adalah percuma sehingga 31 Disember 2009. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan ini boleh layari laman web rasmi mySMS dengan menaip http://www.mysms.gov.my.

Klik untuk muat turun brosur mySMS 15888 MPM

Klik untuk melihat senarai perkhidmatan bagi Majlis Perbandaran Manjung (MPM)