MENU
 
>

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

FUNGSI UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN

  1. Menyelaras dan menguatkuasa Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015 dan Akta A1450 Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013.
  2. Memberi khidmat nasihat, taklimat dan menganjurkan program pendidikan kepada JMB / MC / Pemaju / Ejen / KomunitI bertingkat / strata mengenai penyenggaraan dan pengurusan.
  3. Menyedia dan mengemaskini Daftar Profil Kawasan Pemajuan Bertingkat/Strata.
  4. Memastikan Panggilan Mesyuarat Pertama JMB dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan milikan kosong.
  5. Memastikan Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan (MC) dilaksanakan setelah mendapati sekurang-kurangnya 25% dari jumlah pemilik petak telah membuat urusan pindah milik.
  6. Mengarahkan Panggilan Mesyuarat Pertama Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC) Oleh Seseorang Jika Pemaju Gagal.
  7. Menguruskan pendaftaran dan pengeluaran Sijil Badan Pengurusan Bersama (JMB).
  8. Memastikan semua JMB / MC mengadakan MesyuaratAgung Tahunan dalam tempoh 12 bulan atau selewat-lewatnya 15 bulan bagi membolehkan perlantikan AJK baru dilantik.
  9. Mengesahkan Pembubaran Badan Pengurusan Bersama (JMB).
  10. Pemfailan Penyata Kewangan Teraudit kepada Pesuruhjaya Bangunan.
  11. Pemfailan Jadual Petak / Penguntukkan Unit Syer kepada Pesuruhjaya Bangunan.
  12. Perlantikan dan Penamatan Ejen Pengurusan oleh Pesuruhjaya Bangunan.
  13. Penyelarasan proses penyerahan, penggunaan dan pemulangan Deposit Kecacatan Harta Bersama.
  14. Pelantikan Juruaudit oleh Pesuruhjaya Bangunan.
  15. Menguruskan aduan berkaitan perundangan, pentadbiran , penyenggaraan dan kewangan kawasan Pemajuan Bertingkat/strata.
  16. Menyelaras Prosedur Penahanan dan Lelongan Harta Alih
  17. Menganjurkan program - program pendidikan kepada JMB/MC/Pemaju/Ejen Pengurusan Bangunandan komuniti bertingkat/strata.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 Oktober 2019 - 9:30am