MENU

  • PENGURUSAN ADUAN AWAM
  • Menguruskan aduan awam, aduan melalui akhbar dan aduan daripada Biro Pengaduan Awam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Menteri Besar Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, agensi-agensi lain, aduanmelalui media baharu dan lain-lain.
  • Menguruskan penyediaan laporan aduan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • Menguruskan permohonan, cadangan dan bantahan daripada orang awam.
  • Menguruskan Sistem Area Officer (Ahli Majlis) iaitu Laporan Area Officer dan Program Tugasan Harian Area Officer termasuk penyediaan jadual tugasan.
  • Menguruskan pelaksanaan Program Turun Padang termasuk berkaitan jadual, surat-menyurat kepada agensi luar dan memo kepada jabatan/unit, laporan mingguan dan bulanan.
  • Menguruskan majlis dialog atau pertemuan di antara orang awam dengan Majlis Perbandaran Manjung.

 

  • PENGURUSAN PELANGGAN
  • Menguruskan kaunter utama Majlis Perbandaran Manjung termasuk mengadakan menyuarat penyelarasan dan penyediaan kemudahan untuk pelanggan di kaunter tersebut.
  • Memastikan pengendalian talian telefon Majlis Perbandaran Manjung sentiasa lancar dan menerapkan budaya mesra pelanggan.
  • Menguruskan maklum balas kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan kaunter dan perkhidmatan perbandaran Majlis Perbandaran Manjung termasuk melalui Sistem E-Rating dan Borang Kaji Selidik.
  • Menguruskan Program Hari Bertemu Pelanggan di pejabat pada hari Rabu, minggu kedua setiap bulan termasuk membuat penyelarasan dengan jabatan dan memastikan surat maklum balas dikeluarkan kepada pengadu.
  • Menguruskan pelaksanaan Program Bertemu Pelanggan yang beroperasi di luar pejabat Majlis Perbandaran Manjung.
  • Menguruskan lawatan agensi-agensi luar ke Majlis Perbandaran Manjung.
  • Menyelaras kajian pelajar-pelajar IPTA/IPTS berkaitan Majlis Perbandaran Manjung termasuk penyediaan maklumat dan temu ramah.
  • Mengendalikan aspek jemputan dan protokol dalam program-program rasmi Majlis Perbandaran Manjung.

 

  • PENGURUSAN MEDIA DAN HEBAHAN
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak media cetak dan media elektronik termasuk menguruskan jemputan ke program-program rasmi Majlis Perbandaran Manjung.
  • Membuat pemantauan terhadap aduan dan berita berkaitan Majlis Perbandaran Manjung, arahan-arahan kerajaan, berita berkaitan daerah Manjung atau pun berita-berita lain yang bersesuaian yang disiarkan oleh media cetak, media elektronik termasuk media baharu serta membuat edaran maklumat yang perlu.
  • Menyediakan kenyataan media ataupun publisiti bersama media terutama terhadap terhadap program-program rasmi Majlis Perbandaran Manjung.
  • Menguruskan sidang media termasuk lokasi, jemputan media dan penyediaan maklumat untuk hebahan.
  • Menyediakan teks ucapan-ucapan rasmi, kata-kata aluan atau perutusan Yang Dipertua, Setiausaha atau pihak-pihak berkepentingan.
  • Merancang dan melaksanakan program-program yang boleh merapatkan hubungan di antara Majlis Perbandaran Manjung dengan pihak media.
  • Menyelaskan maklum balas bagi soalan-soalan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

 

 

  • PENGURUSAN PENERBITAN
  • Menguruskan penerbitan dan edaran Laporan Tahunan, Buletin Manjung Permai, Info Majlis Perbandaran Manjung dan risalah jabatan/unit.
  • Menyediakan bahan-bahan maklumat untuk pameran.
  • Mengendalikan penyediaan kain rentang, gegantung, billboard dan visual ucapan-ucapan perayaan, kemerdekaan dan keputeraan DYMM Seri Paduka Sultan Perak di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung.
  • Menyediakan kad-kad ucapan perayaan termasuk atur letak dan edaran kepada pihak-pihak berkepentingan.
  • Memastikan maklumat korporat di portal Majlis Perbandaran Manjung dikemas kini untuk dibaca oleh orang awam.
  • Memastikan maklumat korporat Majlis Perbandaran Manjung di dalam Sistem e-Profil JKT, KPKT sentiasa dikemas kini.
  • Memastikan peyimpanan serta menyusun segala rekod dan maklumat dalam bentuk gambar, slaid untuk rujukan dan kegunaan MajlisPerbandaran Manjung.

 

  • OBJEKTIF UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGANAWAM
  • Merancang, menguruskan dan melaksanakan aktiviti perhubungan awam termasuk aduan awam, perkhidmatan kaunter, penerbitan, hebahan dan pengendalian media dengan cekap, telus, berkualiti dan berkesan.

 

  • PIAGAM PELANGGAN UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM
  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan berkualiti.
  • Memberi maklum balas akuan terima aduan awam tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Memastikan maklum balas tindakan aduan kepada pengadu dihantar dalam tempoh sepuluh (10 hari) bekerja dari tarikh aduan diterima.
  • Memberikan maklumat yang tepat, jelas dan berkesan kepada pelanggan setiap masa.
  • Mengambil tindakan penyelarasan segera terhadap sebarang teguran dan pandangan orang ramai berkaitan perkhidmatan dan tanggungjawab Majlis Perbandaran Manjung setiap masa.

HUBUNGI KAMI

Tel umum:056898833

Fax umum: 056882102

Alamat : Unit Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung

Emel umum: aduan@mpm.gov.my
unitkorporat@mpm.gov.my

Pegawai : Fatimah Nor binti Abd Rahim