MENU

13. APAKAH SAYA LAYAK MENERIMA REBAT JIKA BANGUNAN SAYA TIDAK DIDIAMI?

Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan (Kadaran) Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.

14. APAKAH YANG HARUS SAYA LAKUKAN APABILA INGIN MEMBELI SEBUAH RUMAH ATAU TANAH KOSONG DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS?

Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu cukai taksiran yang telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

15. JIKA SAYA TELAH TUKAR MILIK / MENJUAL / MEWARISKAN RUMAH / HARTA, APA PERLU SAYA BUAT?

Beritahu kepada Majlis dengan mengisi Borang 1 / Borang J dan yang berkenaan dalam tempoh tiga bulan selepas pindah milik dilakukan. Jika gagal Pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.

16. JIKA ANDA TIDAK MAMPU MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Dengan itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Jabatan Penilaian untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pengawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai cukai taksiran.

 

17. APAKAH AKAN TERJADI JIKA TIDAK MEMBAYAR ATAU LEWAT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

Jika pemilik harta/ pegangan tidak membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan iaitu selepas 28 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda.  Anda dikehendaki menjelaskan semua tunggakan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis dan denda seperti berikut akan dikenakan:

Kadar Bayaran Notis (Borang E) adalah seperti berikut ;

Jumlah Tunggakan

Bayaran Notis

(a) Amaun tunggakan kurang RM 200

RM20.00

(b) Amaun tunggakan melebihi RM200

RM 30.00

 

Untuk menuntut sesuatu tunggakan, Majlis boleh mengeluarkan suatu Waran tahanan (kos tahanan akan dibiayai oleh pemilik harta) dan boleh mensita menurut waran itu apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya. (Bahagian XV, S 147 (i) Akta 171).

Kos tahanan (Borang F) yang dikenakan adalah seperti berikut ;

Jumlah Tunggakan

Kos Tahanan

(a) Amaun tunggakan kurang RM 1000

RM 150.00

(b) Amaun tunggakan melebihi RM 1000

RM 300.00

18. BILAKAH TEMPOH PEMBAYARAN BAGI BIL CUKAI TAKSIRAN?

Tempoh bayaran bagi bil cukai taksiran adalah seperti berikut:
• Penggal Pertama (Setengah Tahun Pertama) - 1 Januari hingga 28 Februari
• Penggal Kedua (Setengah Tahun Kedua) - 1 Julai hingga 31 Ogos

19. DI MANAKAH BIL CUKAI TAKSIRAN BOLEH DIBAYAR?

Para pelanggan boleh membuat bayaran bil cukai taksiran menerusi saluran berikut:

1) Maybank2u                         www.maybank2u.com.my
2) MBF                                    www.mbfcards.com.my
3) Bank Islam                          www.bankislam.com.my
4) Pos Online                          www.posonline.com.my

5) Ambank                             https://ambank.amonline.com.my

6) Bank Rakyat                       www.irakyat.com.my

7) Bank Cimb                         www.cimbclicks.com.my

8) Bank Muamalat                  www.i-muamalat.com.my

9) Public Bank                        www.pbebank.com

10) Sistem e-Bayaran MPM    www.mpm.gov.my
11) Pejabat-pejabat Pos dalam Daerah Manjung
12) Kaunter Kutipan Bergerak MPM
13) Kaunter Bayaran Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Perak
14) Kaunter Bayaran pejabat pentadbiran MPM.

 

 
HUBUNGI KAMI
Tel umum: 056898854/55
Fax umum: 056882102
Alamat : Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
Emel umum: penilaian@mpm.gov.my
Pegawai : Puan Hajah Norhayati Binti Nayan, PJK.

 

 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 13 September 2019 - 12:12pm