MENU
 
>

6. APAKAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

  • Menyemak di pejabat Majlis Perbandaran Manjung samada hartanah anda sudah dikenakan cukai taksiran.
  • Membayar cukai taksiran pada masa ditetapkan.
  • Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat surat menyurat.
  • Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada
  • Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik
  • Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.
  • Memberitahu Majlis jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.
  • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika ingin memohon pengurangan cukai pintu atas sebab bangunan anda tidak diduduki.
  • Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila harta/ pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran.
  • Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.
  • Mengambil bil cukai di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai pintu)
  • Adalah penting bagi pembayar cukai taksiran membayar cukai sebelum tarikh akhir pembayaran.

 

7. JIKA SAYA HANYA SEORANG PENYEWA RUMAH / BANGUNAN TERSEBUT APA HARUS SAYA LAKUKAN?

Anda boleh mengemukakan bil kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Anda boleh melindungi harta anda dengan membayar sewa kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6) Akta 171 Kerajaan Tempatan melindungi anda!

8.MENGAPA KADAR CUKAI TAKSIRAN SAYA BERBEZA DENGAN JIRAN SAYA?

Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-

  • Jenis bangunan
  • Keluasan lantai
  • Bahan-bahan pembinaan
  • Kegunaan hartanah

9. BAGAIMANAKAH CUKAI TAKSIRAN/ CUKAI PINTU DITENTUKAN?

Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut:
 

Cukai taksiran = Nilai Tahunan X Kadar (%)

10. BAGAIMANAKAH KADAR (%) DITENTUKAN?

Kadar peratusan (%) ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis atau kos-kos yang ditanggung Majlis. Kerajaan Negeri Perak menetapkan kadar dan rayuan tidak boleh dibuat terhadapnya.

11. BAGAIMANAKAH NILAI TAHUNAN DITENTUKAN?

Nilai Tahunan adalah anggaran nilai sewa kasar tahunan iaitu dalam bentuk formula berikut :
 

Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan X 12 bulan

12.BOLEHKAN SAYA MEMBANTAH KE ATAS NILAI TAHUNAN?

Apabila pemilik menerima Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian, pemilik diberi hak untuk membantah nilaian yang telah ditetapkan ke atas pegangan tersebut dalam tempoh masa yang dicatat dalam notis. Pemilik boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Majlis dan setiap bantahan yang layak akan didengari oleh Majlis melalui Mesyuarat JawatanKuasa Kecil Bantahan Nilaian Harta. Bantahan boleh dibuat atas alasan - alasan berikut sahaja:

  1. Harta anda dinilai lebih daripada kadar sepatutnya

2. Harta anda tidak boleh dikenakan kadar

3. Harta anda tertinggal dan tidak dinilai

4. Harta anda dinilai kurang dari kadar sepatutnya

5. Harta anda dinilai secara berasingan /bersesama yang sepatutnya dinilai secara lain

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 November 2019 - 11:12am