MENU
 
>

Cukai

Cukai Taksiran / Cukai Pintu

1. APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN?

Cukai taksiran juga dikenali sebagai cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

2. JENIS HARTA/ PEGANGAN YANG AKAN DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN?

Semua harta/ pegangan yang berada di kawasan pentadbiran Majlis seperti bangunan kediaman, bagunan industri, bangunan komersial, tanah pertanian serta tanah lot kosong yang tiada pembangunan yang mempunyai hakmilik/ geran akan dikenakan cukai taksiran.

3. KENAPA KITA PERLU MEMBAYAR CUKAI PINTU?

Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk membiayai perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti kos penyelenggaraan bandar, membina atau menyelenggara taman rekreasi, pemotongan rumput, membayar bil lampu jalan dan sebagainya untuk kesejahteraan masyarakat di kawasan pentadbiran Majlis.

4. MENGAPA CUKAI PINTU DIKENAKAN OLEH MPM SEDANGKAN IANYA TELAH DIKENAKAN CUKAI TANAH OLEH PEJABAT TANAH?

Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1965 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965. Manakala Cukai Taksiran yang dikenakan oleh MPM adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

5. APA YANG SAYA PERLU DILAKUKAN JIKA TIDAK MENERIMA BIL CUKAI TAKSIRAN?

Pemilik hanya perlu datang ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Penilaian di Tingkat 1 untuk mendapatkan bil tuan / puan. Bawa maklumat-maklumat seperti bil lama, nombor akaun atau alamat rumah.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 November 2019 - 11:12am