MENU

 

Sokongan Permit SPAD

Tambahan maklumat di dalam ruangan Pengeluaran Permit

Keperluan untuk memohon Permit Kenderaan Perdagangan LPKP, pemohon perlu mengemukakan sesalinan :

a.  Salinan maklumat pemohon :

   i.    Individu / Persendirian

    *  Salinan kad pengenalan
    *  Sijil daftar perniagaan (SSM)
    *  Nyatakan jumlah unit kenderaan yang hendak ditempatkan

ii.      Syarikat

    *  Maklumat / profil syarikat
    *  Sijil daftar perniagaan (SSM)
    *  Nyatakan jumlah unit kenderaan yang hendak ditempatkan.

 

b.   Salinan geran dan pelan lokasi tempat letak kenderaan

( sertakan bersama surat kebenaran pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah )

c.     Borang Lampiran A

(Untuk pengesahan jabatan )

Nota : Borang Lampiran A boleh didapati di dalam laman web Majlis Perbandaran Manjung atau di pejabat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 19 Oktober 2017 - 11:57am