MENU

Permohonan Elaun Kekosongan

Sekiranya rumah tidak dapat disewakan:

Perlukah saya menjelaskan cukai taksiran walaupun rumah tidak berpenghuni?

Walaupun rumah tidak berpenghuni atau kosong, pemilik di wajibkan membayar cukai taksiran tetapi boleh memohon elaun kekosongan.

Bagaimanakah cara untuk memohon elaun kekosongan ?

Pemilik harus mengemukakan surat permohonan kepada Majlis Perbandaran Manjung.

Semua Pegangan didalam kawasan operasi majlis dikenakan cukai walaupun pegangan tersebut kosong ,tidak disewakan atau tidak didiami.Oleh itu pemilik pegangan tersebut boleh memohon untuk mendapatkan elaun kekosongan.Perkara ini telah terkandung dalam seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171) dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis.

Permohonan boleh dibuat dengan cara menulis surat atau mengisi borang permohonan elaun kekosongan di kaunter semakan Jabatan Penilaian, tingkat 1,Majlis Perbandaran Manjung. Pemohon dikehendaki mematuhi perkara-perkara berikut dalam tempoh permohonan dibuat :

  1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Pemberitahuan Elaun Kekosongan dalam tempoh 7 hari untuk dikembalikan kepada Jabatan Penilaian
  2. Pegangan tersebut mestilah kosong lebih daripada 30 hari
  3. Pegangan tersebut dalam keadaan baik dan layak diduduki
  4. Ada mempamerkan iklan kekosongan pada pegangan yang dipohon beserta nombor telefon
  5. Meletakkan kadar sewa yang munasabah sekiranya bangunan itu dicadang untuk disewakan
  6. Telah membayar semua cukai taksiran sama ada semasa atau tunggakan pegangan yang dipohon

Jawapan permohonan elaun kekosongan akan dihantar melalui surat atau pesanan ringkas (SMS), dalam tempoh sebulan selepas tamat penggal permohonan. 

Peringatan :

Elaun kekosongan tidak dapat dipertimbangkan seminggu terdahulu daripada tarikh Borang ini dipenuhi dan dikembalikan kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung. Gunakan satu borang bagi satu harta. Borang- borang tambahan boleh di dapati dari Majlis Perbandaran Manjung. Tuntutan hendaklah di buat bagi setengah tahun tidak lewat dari sebulan selepas tahun ini.

Perhatian :

Borang tuntutan ’B’ di isi mestilah dikembalikan tidak lewat dari sebulan selepas habis tempoh setengah tahun. Jika tidak berbuat demikian elaun kekosongan / wang bayaran balik itu akan di batalkan.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 November 2017 - 12:54pm